Jog Ria

Pada hari Jumaat, 23 Oktober 2009, Sekolah telah mengadakan 'Jog Ria' yang dianjurkan untuk pelajar lepasan PMR. Aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada Program Selepas PMR yang dirancang pihak sekolah untuk mengisi masa lepasan PMR 2009.

Sebelum memulakan Jog Ria, pelajar diberi taklimat tentang laluan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar serta cabaran setelah pulang kembali ke sekolah.



Peserta juga diminta membuat kumpulan (maks. 10 org 1 kump).
Sementara itu, peserta boleh membawa sebarang alat catatan untuk cabaran yang bakal mereka tempuhi-melukis peta lakar yang mempunyai pandang darat di sekeliling laluan yang dilalui.



Para peserta sedang berada dalam kumpulan masing-masing dan menunggu untuk dilepaskan.

 

Para guru pun tidak ketinggalan untuk ber'Jog Ria' bersama pelajar 

Peserta mengambil masa kira-kira 30 minit untuk pulang ke sekolah. Selepas mereka pulang, mereka diarahkan untuk mengambil sehelai kertas sebak dan melukis peta lakar bedasarkan laluan mereka. Sebagai langkah keselamatan, para peserta dinasihatkan agar membuat draf menggunakan pensel terlebih dahulu sebelum menggunakan marker pen yang telah disediakan.
 



 

Setelah kesemua peserta menyiapkan draf mereka, mereka diminta untuk menyerahkan kertas sebak yang lengkap dengan tajuk peta, petunjuk, nama kumpulan dan nama ahli, serta arah mata angin. Aktiviti ini tamat pada jam 10.50.

Program Selepas PMR

Pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan banyak program bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung pada 7 hingga 13 Oktober yang lalu.

Antara tujuan pihak sekolah menganjurkan aktiviti-aktiviti berikut ialah untuk memastikan pelajar-pelajar lepasan PMR yang menghadirkan diri ke sekolah dapat mengisi masa mereka dengan bermanafaat sekaligus dapat membina jati diri pelajar-pelajar tersebut.

Perlawanan bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola baling bagi pelajar perempuan adalah salah satu daripada program menarik yang telah dianjurkan.








memang tidak dapat dinafikan, peserta-peserta yang terlibat bermain dengan bersungguh-sungguh dan memanfaatkan perlawanan itu sepenuhnya.





MVI 1801 from MYusuf on Vimeo.


Perlawanan yang begitu sengit menyaksikan mata keseluruhan antara kelas 3U dan 3ZL yang sama. Kelas 3U telah memenangi kejohanan tersebut kerana kumpulan itu menjaringkan lebih banyak gol berbanding kelas ZL.

Akhir kata, tahniah buat Pasukan bola sepak 3 Utarid kerana telah memenangi kejohanan bola sepak yang dianjurkan sekolah. Buat peserta lain, sekalung penghargaan juga diberi kerana telah bersungguh-sungguh menyertai kejohanan tersebut sekaligus telah menjayakan sebahagian daripada Program Selepas PMR yang telah dirancang oleh pihak sekolah.  Terima kasih ayahanda!

English Debate

On the 16th of April 2009, SMK Bandar Sungai Buaya held the English Debate ala Parliament for the district of Hulu Selangor. Seven teams from several schools in Hulu Selangor entered the competition with high hopes of winning the competition and bringing gold medals back to their respetive schools.



Even our own school, SMK Bandar Sungai Buaya entered the prestigious competition. The school team comprised of Punithen (5U), Dahrenee (5U), Lisa (5U), Mohamad Nazmi (3U), and Aqilah (2U).




Although the team tried their best, they lost in a match against SMK Syed Mashor. The two final teams were SMK Bukit Sentosa and SMK Syed Mashor. The motion for that match was ' Being ICT savvy is vital in developing independent learners'. SMK Bukit Sentosa played the role of the government while the opposition was played by SMK Syed Mashor



The match was monopolised by SMK Bukit Sentosa, which did not come as a suprise as they had won the National English Debate ala Parliament competition the previous year.



At the end of the competition, Puan Rokiah awarded each school their certificates of participation and medals were given to the the respective winners.





Although our school did not win, we gained experience and knowledge and hope to enter again next year to beat the current champions.

Pentandingan Sketsa Kerjaya



Kumpulan sketsa sekolah telah berjaya mendapat tempat kedua peringkat daerah Hulu Selangor.

SELAMAT DATANG KEPADA PENGETUA...

Selamat datang diucapkan kepada Pengetua baru SMK Bandar Sungai Buaya iaitu Tuan Haji Wan Mohd Tahir b. Wan Ibrahim yang lebih mesra dipanggil 'AYAHANDA'.

Semoga dengan kedatangan beliau lebih menyemarakkan lagi semangat dan jati diri di kalangan warga SMKBSB.


PROGRAM PERMUAFAKATAN KOMUNITI


Baru-baru ini satu program permuafakatan komuniti telah dibuat antara Ayahanda Pengetua, Dato' Haji Ruslee b Haji Hashim selaku YDP PIBG SMK Bandar Sungai Buaya merangkap YDP Persatuan Penduduk  Bandar Sungai Buaya bersama dengan Ketua Rela Kawasan Sungai Buaya.


Satu memorandum telah ditandatangani antara mereka agar pelbagai masalah mahupun gejala yang tidak sihat dapat dibendung khususnya kepada golongan remaja masa kini.

Tempur Tanpa Senjata


Ayahanda juga menggalakkan para pelajar mempelajari kemahiran mempertahankan diri yang ditunjuk ajar oleh Jurulatih Gerakan Selendang Merah Selangor.