SPM 2009
Bermula pada 18 Disember 2009, pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan SPM yang akan menentukan halatuju pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar tingkatan 5 SMKBSB khususnya telah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan mengikuti program-program Peningkatan Prestasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga yang dianjurkan oleh pihak luar. Program Gerak Gempur SPM 2009 yang telah bermula pada 26 Oktober diharapkan dapat membantu mempersiapkan mereka di saat-saat akhir ini. Selamat Menduduki Peperiksaan dan Semoga Berjaya!
PENDAFTARAN REMAJA RELA
Pada 16 November 2009 juga, pihak sekolah telah bekerjasama dengan pihak RELA Bandar Sungai Buaya memberi maklumat kepada semua pelajar SMKBSB yag hadir berkaitan fungsi dan kepentingan RELA. Pihak RELA juga telah membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar SMKBSB untuk menyertai pasukan Remaja RELA Bandar Sungai Buaya. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan. Terima kasih RELA!
PROGRAM KENALI SMKBSB
Pada 16 November 2009, seramai 51 orang pelajar SK Sungai Buaya dan 119 orang pelajar SK Bandar Sungai Buaya telah hadir bersama guru pengiring masing-masing untuk mengenali SMK Bandar Sungai Buaya dengan lebih dekat lagi. Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi gambaran ringkas mengenai sekolah ini sebagai sekolah menengah di mana mereka akan ditempatkan pada tahun hadapan.
KEM RAKAN MUDA 1 MALAYSIA 2009
AYAHANDA WAN BERSAMA BARISAN VIP DAN JURULATIH TEMPUR TANPA SENJATA
PESERTA KEM
VIP, BARISAN GURU, JURULATIH TTS DAN RELA BANDAR SUNGAI BUAYA
AKTIVITI PELAJAR
Jog Ria
Pada hari Jumaat, 23 Oktober 2009, Sekolah telah mengadakan 'Jog Ria' yang dianjurkan untuk pelajar lepasan PMR. Aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada Program Selepas PMR yang dirancang pihak sekolah untuk mengisi masa lepasan PMR 2009.
Sebelum memulakan Jog Ria, pelajar diberi taklimat tentang laluan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar serta cabaran setelah pulang kembali ke sekolah.
Peserta juga diminta membuat kumpulan (maks. 10 org 1 kump).
Sementara itu, peserta boleh membawa sebarang alat catatan untuk cabaran yang bakal mereka tempuhi-melukis peta lakar yang mempunyai pandang darat di sekeliling laluan yang dilalui.
Para peserta sedang berada dalam kumpulan masing-masing dan menunggu untuk dilepaskan.
Para guru pun tidak ketinggalan untuk ber'Jog Ria' bersama pelajar
Peserta mengambil masa kira-kira 30 minit untuk pulang ke sekolah. Selepas mereka pulang, mereka diarahkan untuk mengambil sehelai kertas sebak dan melukis peta lakar bedasarkan laluan mereka. Sebagai langkah keselamatan, para peserta dinasihatkan agar membuat draf menggunakan pensel terlebih dahulu sebelum menggunakan marker pen yang telah disediakan.
Setelah kesemua peserta menyiapkan draf mereka, mereka diminta untuk menyerahkan kertas sebak yang lengkap dengan tajuk peta, petunjuk, nama kumpulan dan nama ahli, serta arah mata angin. Aktiviti ini tamat pada jam 10.50.
Program Selepas PMR
Pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan banyak program bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung pada 7 hingga 13 Oktober yang lalu.
Antara tujuan pihak sekolah menganjurkan aktiviti-aktiviti berikut ialah untuk memastikan pelajar-pelajar lepasan PMR yang menghadirkan diri ke sekolah dapat mengisi masa mereka dengan bermanafaat sekaligus dapat membina jati diri pelajar-pelajar tersebut.
Perlawanan bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola baling bagi pelajar perempuan adalah salah satu daripada program menarik yang telah dianjurkan.
MVI 1801 from MYusuf on Vimeo.
Perlawanan yang begitu sengit menyaksikan mata keseluruhan antara kelas 3U dan 3ZL yang sama. Kelas 3U telah memenangi kejohanan tersebut kerana kumpulan itu menjaringkan lebih banyak gol berbanding kelas ZL.
Akhir kata, tahniah buat Pasukan bola sepak 3 Utarid kerana telah memenangi kejohanan bola sepak yang dianjurkan sekolah. Buat peserta lain, sekalung penghargaan juga diberi kerana telah bersungguh-sungguh menyertai kejohanan tersebut sekaligus telah menjayakan sebahagian daripada Program Selepas PMR yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Terima kasih ayahanda!
English Debate
On the 16th of April 2009, SMK Bandar Sungai Buaya held the English Debate ala Parliament for the district of Hulu Selangor. Seven teams from several schools in Hulu Selangor entered the competition with high hopes of winning the competition and bringing gold medals back to their respetive schools.

Even our own school, SMK Bandar Sungai Buaya entered the prestigious competition. The school team comprised of Punithen (5U), Dahrenee (5U), Lisa (5U), Mohamad Nazmi (3U), and Aqilah (2U).

Although the team tried their best, they lost in a match against SMK Syed Mashor. The two final teams were SMK Bukit Sentosa and SMK Syed Mashor. The motion for that match was ' Being ICT savvy is vital in developing independent learners'. SMK Bukit Sentosa played the role of the government while the opposition was played by SMK Syed Mashor
The match was monopolised by SMK Bukit Sentosa, which did not come as a suprise as they had won the National English Debate ala Parliament competition the previous year.
At the end of the competition, Puan Rokiah awarded each school their certificates of participation and medals were given to the the respective winners.
Although our school did not win, we gained experience and knowledge and hope to enter again next year to beat the current champions.
SELAMAT DATANG KEPADA PENGETUA...
Selamat datang diucapkan kepada Pengetua baru SMK Bandar Sungai Buaya iaitu Tuan Haji Wan Mohd Tahir b. Wan Ibrahim yang lebih mesra dipanggil 'AYAHANDA'.
Semoga dengan kedatangan beliau lebih menyemarakkan lagi semangat dan jati diri di kalangan warga SMKBSB.
Semoga dengan kedatangan beliau lebih menyemarakkan lagi semangat dan jati diri di kalangan warga SMKBSB.
PROGRAM PERMUAFAKATAN KOMUNITI
Baru-baru ini satu program permuafakatan komuniti telah dibuat antara Ayahanda Pengetua, Dato' Haji Ruslee b Haji Hashim selaku YDP PIBG SMK Bandar Sungai Buaya merangkap YDP Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya bersama dengan Ketua Rela Kawasan Sungai Buaya.
Satu memorandum telah ditandatangani antara mereka agar pelbagai masalah mahupun gejala yang tidak sihat dapat dibendung khususnya kepada golongan remaja masa kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)