Mesyuarat Agung PIBG
Mesyuarat Agung PIBG yang telah dijadualkan pada penghujung bulan Mac akan dilaksanakan lebih awal iaitu pada 7 Februari 2010. Surat jemputan kepada ibu bapa akan diedarkan pada minggu hadapan. Diharapkan para ibu bapa/penjaga dapat hadir beramai-ramai dan mengutarakan usul-usul yang bernas bagi meningkatkan prestasi sekolah dan seterusnya pencapaian anak-anak kita. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Kejohanan Merentas Desa 2010
Kejohanan Merentas Desa yang dijadualkan pada 29 Januari 2010 telah diadakan pada 27 Januari 2010 dengan jayanya. Rumah Satria telah dinobatkan sebagai juara.
Siri Kem Kecemerlangan Akademik
Pencapaian PMR 2009 telah menjadi bualan hangat di kalangan ibu bapa kerana hanya 3 orang pelajar mencapai keputusan 8A berbanding 8 orang pada tahun 2009. Walaubagaimanapun, SMKBSB masih lagi merupakan sekolah harian terbaik di daerah Hulu Selangor, dan berada pada kedudukan keenam dalam Daerah Hulu Selangor, selepas Sekolah Berasrama dan sekolah yang mempunyai Kelas Rancangan Khas. Dengan kelebihan ini, pihak sekolah telah berazam untuk mencapai keputusan yang lebih baik lagi pada masa hadapan dengan merancang dan melaksanakan program khusus untuk calon PMR dan SPM 2010 dan 2011, dengan lebih awal lagi.
Antara program tersebut ialah Kem Kecemerlangan Akademik. Kem ini dilaksanakan untuk semua pelajar tingkatan 3 & 5. Jadual Siri Kem Peningkatan Kecemerlangan Akademik 2010 adalah seperti berikut:
Tarikh/Subjek /Sasaran
22/1-23/1
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains (Calon PMR)
5/2-6/2
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, P. Islam/P. Moral, Sejarah (Calon SPM)
12/3-13/3
Geografi, Sejarah, KHB, P. Islam (Calon PMR)
9/4-10/4
Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun/Ekonomi Asas/Perdagangan/Geografi (Calon SPM)
Antara program tersebut ialah Kem Kecemerlangan Akademik. Kem ini dilaksanakan untuk semua pelajar tingkatan 3 & 5. Jadual Siri Kem Peningkatan Kecemerlangan Akademik 2010 adalah seperti berikut:
Tarikh/Subjek /Sasaran
22/1-23/1
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains (Calon PMR)
5/2-6/2
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, P. Islam/P. Moral, Sejarah (Calon SPM)
12/3-13/3
Geografi, Sejarah, KHB, P. Islam (Calon PMR)
9/4-10/4
Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun/Ekonomi Asas/Perdagangan/Geografi (Calon SPM)
Program Bai'ah 2010
Program Bai'ah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Januari 2010 pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMKBSB Dato' Hj Ruslee bin Hj Hashim. Para pelajar, para guru, ibu bapa dan ayahanda Wan sendiri telah melafazkan sumpah bai'ah(aku janji). Semoga program ini berjaya menjadi suatu inspirasi bagi semua pihak yang terlibat. Bak kata ayahanda; 3B, Bermatlamat, Berkorban dan Berjuang mencapai matlamat.
Kumpulan Kompang
Kumpulan Koir
Kumpulan Gamelan
Skuad Elit Tempur Tanpa Senjata

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, 2010
Pada 31 Disember 2009, pelajar tingkatan satu 2010 telah mendaftar dan sekaligus menerima pinjaman buku teks. Ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ayahanda Hj Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim, pengetua SMKBSB. Selamat datang diucapkan.
SPM 2009
Bermula pada 18 Disember 2009, pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan SPM yang akan menentukan halatuju pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar tingkatan 5 SMKBSB khususnya telah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan mengikuti program-program Peningkatan Prestasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga yang dianjurkan oleh pihak luar. Program Gerak Gempur SPM 2009 yang telah bermula pada 26 Oktober diharapkan dapat membantu mempersiapkan mereka di saat-saat akhir ini. Selamat Menduduki Peperiksaan dan Semoga Berjaya!
PENDAFTARAN REMAJA RELA
Pada 16 November 2009 juga, pihak sekolah telah bekerjasama dengan pihak RELA Bandar Sungai Buaya memberi maklumat kepada semua pelajar SMKBSB yag hadir berkaitan fungsi dan kepentingan RELA. Pihak RELA juga telah membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar SMKBSB untuk menyertai pasukan Remaja RELA Bandar Sungai Buaya. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan. Terima kasih RELA!
PROGRAM KENALI SMKBSB
Pada 16 November 2009, seramai 51 orang pelajar SK Sungai Buaya dan 119 orang pelajar SK Bandar Sungai Buaya telah hadir bersama guru pengiring masing-masing untuk mengenali SMK Bandar Sungai Buaya dengan lebih dekat lagi. Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi gambaran ringkas mengenai sekolah ini sebagai sekolah menengah di mana mereka akan ditempatkan pada tahun hadapan.
KEM RAKAN MUDA 1 MALAYSIA 2009
AYAHANDA WAN BERSAMA BARISAN VIP DAN JURULATIH TEMPUR TANPA SENJATA
PESERTA KEM
VIP, BARISAN GURU, JURULATIH TTS DAN RELA BANDAR SUNGAI BUAYA
AKTIVITI PELAJAR
Subscribe to:
Posts (Atom)