~Pra Sukan SMKBSB~



Pada hari rabu, 31/03/2010 SMKBSB telah mengadakan hari Pra Sukan untuk pemilihan peserta bagi hari kejohanan sebenar pada hari Ahad, 04/04/2010. Antara acara yang dijalankan ialah acara padang dan juga balapan.

Tahniah kepada peserta yang terpilih untuk Hari kejohanan Olahraga sekolah. Terima kasih kepada barisan guru yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Hari Pra Sukan pada kali ini.

Majulah sukan untuk negara !!!!!!

~Pasukan Gamelan SMKBSB~




Pasukan Gamelan SMKBSB

~Pencapaian Sekolah Meningkat~


GRED PURATA SEKOLAH (GPS)

TAHUN 2008 5.28
TAHUN 2009 4.96

PERATUS LULUS SEMUA SUBJEK

TAHUN 2008 60.55
TAHUN 2009 69.23

PERATUS LULUS SPM

TAHUN 2008 91.70
TAHUN 2009 98.20

Tahniah kepada semua pelajar yang telah belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam SPM 2009.

~English Week @ SMKBSB~


HellO there !!!!!!

Minggu nie adalah minggu "English Week" bermula dari 29 Mac - 2 April 2010. SO jOm kita ramai-ramai speak in English k...
Practice Make Perfect!!!!
ChOral Speaking "Practice Make Perfect"

~Guru Praktikum UPSI~


Empat orang guru pelatih dari Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai UPSI telah mendaftar untuk melakukan praktikum di sekolah ini selama 14 minggu bermula dari 2 Februari hingga 14 Mei 2010. Mereka ialah Cik Norkarimah Salim, Cik Siti Muslihah, Cik Siti Nur Laila dan Cik Nurain.

Cikgu Ima dan Cikgu Mus yg vOgue pada hari PIBG sekolah..

Cikgu Laila dan Cikgu Ain.

~FasilitatOr Bertugas Di Makmal KOmputer SMKBSB~


Cik Noor Liyana Binti Yaakob, Fasilitator Schoolnet SMKBSB bertugas di Pusat Komputer Sekolah pada setiap hari Isnin- Jumaat dari jam 7.30 pagi - 4.30 ptg. Guru dan pelajar yang hendak menggunakan perkhidmatan Internet bolehlah datang pada waktu tersebut.

~Majlis Sinar Maulidur Rasul 1431 H~


Alhamdulillah, Majlis Sinar Maulidur Rasul 1431 H telah berjaya dilaksanakan diperingkat Sekolah Menengah Bandar Sungai Buaya pada 25 Februari 2010. Seiring dengan tema sambutan diperingkat kebangsaan iaitu “ Menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W ” , maka satu pembaharuan dilakukan pada sambutan kali ini. Ianya semata-mata ingin menanam rasa cinta pelajar khususnya kepada Rasulullah S.A.W dalam menelusuri sirah perjuangan yang sangat agung dan terbilang.

1. Penceramah jemputan telah dapat menyampaikan mutiara ilmu berkaitan Rasulullah S.A.W dalam bahasa yang ringkas dan dapat menarik tumpuan para pelajar dan guru-guru.
2. Pasukan nasyid sekolah juga telah memberi komitmen terbaik dalam sesi latihan dan memberi persembahan yang menghiburkan.
3. Pasukan pentomim yang dijayakan dengan lebih kurang 30 peserta juga menampilkan pentomim yang baik dan berkesan.
4. Keseluruhan program dapat dilaksanakan dengan baik walaupun tanpa kewangan dan peralatan yang mencukupi.







Kem Remaja Kembara Menara Gading


Pada 27 Februari 2010, sekolah telah menganjurkan kem kembara yang bertujuan untuk menjana motivasi dan kesedaran peserta mengenai prinsip dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam membina ketrampilan, sahsiah dan kecemerlangan akademik. Kem ini dijalankan selama sehari dan diadakan di Surau Al-Ansar, Jalan Cempakasari. Kem ini khas ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR 2010. Namun, pelajar-pelajar Tingkatan 4 juga digalakkan untuk menghadiri kem ini. Seramai 184 orang pelajar telah turut serta dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini, para pelajar dapat menaikkan semangat dalam diri dan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.




Keperluan Sekolah

Pihak sekolah sedang berusaha memperkasakan kecemerlangan sekolah dan meningkatkan prestasi serta kemudahan prasarana pembelajaran meliputi  aspek akademik, sahsiah pelajar dan kokurikulum.  Walau bagaimanapun, pada tahun ini peruntukan untuk 3K, RIMUP, NILAM, bantuan pakaian seragam dan bantuan bayaran air dan elektrik tidak akan diberikan oleh pihak kementerian.

Justeru itu, pihak sekolah amat berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan sama ada dalam bentuk barangan(seperti surat yang telah diedarkan-tarikh 19 Januari 2010) atau kewangan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Puan Maziran Mustafa Kama (PK1) 013-3589916
Puan Hajah Noriha Nordin (PKHEM) 017-6789968
Puan Roseminah Mohd Noor (PKKOKU) 012-3819322

Sumbangan semua pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Kelas Tambahan dan Kelas Persediaan Petang dan Malam

Pihak sekolah sedang berusaha  untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan kecemerlangan diri calon-calon PMR dan SPM.

Justeru itu, pihak sekolah berusaha mengadakan Kelas Tambahan seperti berikut:

Isnin dan Selasa
   Tingkatan 3 pada jam 1.50 hingga 2.50 petang 
   Tingkatan 5 pada jam 2.30 hingga 3.30 petang
   (Jadual telah diedarkan kepada semua pelajar)
Hari Sabtu bagi Skuad Elit Tingkatan 2 dan 4.

Pihak sekolah juga mengadakan kelas persediaan petang dan malam bagi pelajar-pelajar yang berminat.  Kelas persediaan ini dibuka dengan harapan pelajar akan dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.

Sehubungan dengan itu, bagi menampung kos utiliti besarlah juga harapan kami agar pihak ibu bapa yang terlibat dapat membuat sumbangan seperti berikut:

Kelas Tambahan  Tingkatan 3 dan 5 RM 100
Kelas Tambahan Tingkatan 2 dan 4  RM 30
Kelas Persediaan Petang                  RM 10
Kelas Persediaan Malam                  RM 10

Semoga usaha dan kerjasama ini diberkati Allah dan seterusnya membuahkan kejayaan yang cemerlang buat kita semua.