~Project Money Smart~

Pada 28/04/2010 bertempat di SMKBSB telah diadakan satu program "Bijak Mengurus Wang".


~PROGRAM MOTIVASI BINA INSAN KEPIMPINAN~

"Program Motivasi Bina Insan Kepimpinan" telah dijalankan pada hari Jumaat,23/04/2010 bertempat di SMK Bandar Sungai Buaya. Program ini dianjurkan oleh Institut Perkembangan Minda (INMIDA). Program ini dianjurkan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5 SMKBSB.


~Lawatan Sambil Belajar-PC Fair @KLCC~

Pada 17/04/2010, pihak sekolah telah menganjurkan lawatan ke PC Fair yang dianjurkan di KLCC. Rombongan lawatan ini disertai oleh 37 orang pelajar bersama tiga orang guru pengiring iaitu Puan Samsuria Yuddin, Puan Wiedawati Bt Ismail dan Puan Rafidah Binti Mokhtar.




~Majlis Kesyukuran dan Kecemerlangan Pendidikan Sg. Buaya~




Khamis,15/04/2010 bertempat di SMKBSB telah berlangsungnya Majlis Kesyukuran dan Kecemerlangan Pendidikan Sungai Buaya. Majlis berlangsung pada pukul 8.00 malam. Antara tetamu terhormat yang hadir pada malam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, Menteri Kerja raya Dato' Shaziman Abu Mansor dan YDP PIBG, Dato' Hj.Ruslee Bin Hj Hashim.

~GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH~

Jumaat,16/04/2010 telah dijalankan aktiviti gotong royong membersihkan sekitar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya. Gotong royong ini diadakan selepas berlangsungnya Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Hadiah Bagi Pelajar-pelajar Sg. Buaya pada 15/04/2010 pada jam 8 p.m.



~KEJOHANAN OLAHRAGA SMKBSB KALI KE-7~


Alhamdulillah, kejohanan Olahraga SMKBSB kali Ke-7 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ahad, 4 April 2010 bertempat di Padang SMKBSB. Upacara talah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.Aturcara sepanjang hari berlangsungnya kejohanan.


Rumah- rumah sukan yang bertanding adalah rumah Waja, Jaguh, Satria dan Wira.
Koleksi gambar sekitar hari kejohanan:-



~Majlis Perpisahan Cik Hamidah Hussain~

Pada hari jumaat, 2/4/2010 telah biadakan majlis jamuan sempena perpisahan Cik hamidah Hussain, guru SMKBSB bertempat di bilik guru.

Harum setanggi bunga melati,
Dicampur selasih halus di mayang,
Sungguh murni harganya budi,
Pasti dibalas kasih dan sayang.

Tinggi bukit gilang gemilang,
Air dilaut terang- terangan,
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.




~Pra Sukan SMKBSB~



Pada hari rabu, 31/03/2010 SMKBSB telah mengadakan hari Pra Sukan untuk pemilihan peserta bagi hari kejohanan sebenar pada hari Ahad, 04/04/2010. Antara acara yang dijalankan ialah acara padang dan juga balapan.

Tahniah kepada peserta yang terpilih untuk Hari kejohanan Olahraga sekolah. Terima kasih kepada barisan guru yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Hari Pra Sukan pada kali ini.

Majulah sukan untuk negara !!!!!!

~Pasukan Gamelan SMKBSB~




Pasukan Gamelan SMKBSB

~Pencapaian Sekolah Meningkat~


GRED PURATA SEKOLAH (GPS)

TAHUN 2008 5.28
TAHUN 2009 4.96

PERATUS LULUS SEMUA SUBJEK

TAHUN 2008 60.55
TAHUN 2009 69.23

PERATUS LULUS SPM

TAHUN 2008 91.70
TAHUN 2009 98.20

Tahniah kepada semua pelajar yang telah belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam SPM 2009.