Rileks Time

Hahaha kelakar-kelakar jugak kartunnya tapi boleh la ikut senaman nie untuk hilangkan stress anda tu. Kerja..kerja jugak..kesihatan pun nak kena jaga. Haah..Hanya amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2…Gambar mengikut turutan arahan.

p3ax4 p4mz7 p6ap1 p7ed0 p8so1 p9ci2


1.Ni ala taichi sikit la…sebagai intro dan warming up..

2.Tiru la macam ni…untuk melegakan bahu dan leher..
3.Gerak kekanan kemudian ke kiri..
4.Ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
5.Tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..
6.Dah tu buat gerakan tangan dan badan…buat macam happy aje..
7.Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…buat macam takde masaalah…

p10hz3 p11vv5 p12tt1 p13pq5 p14cs8


8. Buat secara aggresive pula…jangan peduli apa orang lain kata..
9. Hilangkan semua stress..
10. pusingkan kepala…
11. tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
12. Akhir sekali buat joget kucing…

SELAMAT MENCUBA…

Teknologi VSAT Vs Streamyx ADSL

Posted by Admin

Untuk pengetahuan semua warga sekolah mahupun sesiapa sahaja yang melayari blog ini. Salah satu projek Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka peluang kepada pihak sekolah dan warga pendidik di sini khususnya iaitu projek pemasangan VSAT bagi kemudahan penggunaan internet dan sebagainya.

Sebelum ini, projek SchoolNet antara yang lainnya iaitu kemudahan Streamyx ADSL bagi sekolah-sekolah di seluruh negara. Buat masa ini, pihak sekolah telahpun menerima bantuan Steamyx dan yang terbaru adalah VSAT . Ucapan terima kasih wajar diberikan kepada pihak kementerian yang berusaha memastikan agar teknologi ICT dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua rakyat di negara ini.

~Acara sukaneka sempena sambutan hari guru~

Sempena majlis sambutan yang dijalankan pada hari itu, telah diadakan acara sukaneka yang disertai oleh warga pendidik SMKBSB...Acara ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan menceriakan semua warga sekolah yang hadir pada hari tersebut.





SAMBUTAN HARI GURU 2010

Pada hari isnin bersamaan17 May 2010 telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru 2010 di SMK Bandar Sungai Buaya..Majlis ini bermula pada pukul 8.30 sehingga pukul 1 petang.


Barisan Pentadbir bersama Dato' Ruslee bersama-sama memotong kek sempena Sambutan Hari Guru 2010 yang dijalankan.


Barisan pendidik SMKBSB yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga Mei turut diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2010.


Persembahan daripada barisan pendidik SMKBSB,

Diucapkan selamat menyambut Hari guru kepada warga pendidik seluruh Malaysia.

Pengawas ICT SMKBSB



School Got Talent~Lintah Oh Lintah

PENTING!!!!!!
VOTE,VOTE DAN TERUS VOTE VIDEO SEKOLAH KITA


Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera,

SMKBSB telah menyertai pertandingan School Got Talent anjuran TM dan SKMM. Proses shooting dan penghasilan video telah dijalankan selama 2 minggu dan sekolah kita telah tersenarai antara 21 buah sekolah daerah Selangor untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah lumayan berserta sijil akan diberikan kepada TOP 5 sekolah yang mendapat VOTE paling tinggi.

Voting time for School Got Talent dah start pada hari ini
(10/05/2010)
Diharap warga sekolah sama-sama mengundi untuk video sekolah kita yea...

Langkah-langkah untuk mengundi:

...sila klik pada link text berwarna biru dibawah ini ...

sila klik pada video bar under School got Talent...

Kemudian klik under link School Got Talent untuk menyaksikan Video yang bertanding.

Paparan akan seperti berikut:


Kemudian, klik under video SMK Bandar Sungai Buaya.


Langkah terakhir anda bolehlah vote okay...

Tp sebelum anda vote anda perlu REGISTER dulu.

Selepas registration proses email akan dihantar ke akaun email anda dan anda perlu mengaktifkan akaun anda terlebih dahulu...

Paparan email yang dihantar adalah seperti yang dibawah dan anda hanya perlu klik pada text 'HERE"....

Kemudian barulah proses login dan vOte dapat dilakukan.

Sekian, terima kasih.

Salam Satu Malaysia

~Kelas Pengukuhan ICTL~



Pada hari khamis bertempat di Makmal Komputer SMKBSB diadakan kelas pengukuhan ICTL kepada pelajar-pelajar sekolah. Tumpuan pelajar bagi kelas pengukuhan ini adalah pelajar-pelajar yang lemah dalam kemahiran komputer. Kelas pengukuhan ini diadakan pada setiap hari khamis setiap minggu. Diharap dengan penubuhan kelas ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah.

~Project Money Smart~

Pada 28/04/2010 bertempat di SMKBSB telah diadakan satu program "Bijak Mengurus Wang".


~PROGRAM MOTIVASI BINA INSAN KEPIMPINAN~

"Program Motivasi Bina Insan Kepimpinan" telah dijalankan pada hari Jumaat,23/04/2010 bertempat di SMK Bandar Sungai Buaya. Program ini dianjurkan oleh Institut Perkembangan Minda (INMIDA). Program ini dianjurkan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5 SMKBSB.


~Lawatan Sambil Belajar-PC Fair @KLCC~

Pada 17/04/2010, pihak sekolah telah menganjurkan lawatan ke PC Fair yang dianjurkan di KLCC. Rombongan lawatan ini disertai oleh 37 orang pelajar bersama tiga orang guru pengiring iaitu Puan Samsuria Yuddin, Puan Wiedawati Bt Ismail dan Puan Rafidah Binti Mokhtar.