Kem MPP

Hari pertama kem MPP

Assalammualaikum semua……………



Tanpa disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,




11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,




Sehingga lesu dengan perjalanan dunia


saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri







Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Mohon Maaf Lahir & Batin








Lawatan Sambil belajar PPKI ke KLCC

Pada hari Rabu(28/07/2010) ,pelajar-pelajar kelas khas telah mengikuti lawatan sambil belajar ke KLCC. Lawatan ini disertai oleh empat orang guru pembimbing iaitu En. Ismail Bin Kiprawi, Pn. Siti Suriati Bt Mohd Jan ,dan Cik Noor Liyana Binti Yaakob. manakala pelajar PPKi yang terlibat ialah seramai enam orang.




Majlis Perpisahan Encik Helmi

Pada 30 Julai 2010,telah diadakan Sambutan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Helmi. Adalah dimaklumkan bahawa beliau akan menamatkan perkhidmatan nya di sekolah ini...

Semoga beliau dapat meneruskan Perkhidmatan di tempat baru dengan CEMERLANG...!!!!!!!!!!



~Perkemahan Pandu Puteri Peringkat Daerah~

Pada 23/07/2010 hingga 25/07/2010 bersamaan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lalu, telah diadakan Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Daerah, Puteri/Renjer di Sekolah Menengah Bandar Sungai Buaya.

1.Pendaftaran & Pemasangan Khemah





~Pengubahsuaian Makmal Komputer SMKBSB~

Pada hari khamis 29/07/2010, Cikgu Samsuria bersama pelajar-pelajar ICTL telah bersama-sama mengubahsuai susun atur Makmal Komputer SMKBSB.


Rileks Time

Hahaha kelakar-kelakar jugak kartunnya tapi boleh la ikut senaman nie untuk hilangkan stress anda tu. Kerja..kerja jugak..kesihatan pun nak kena jaga. Haah..Hanya amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2…Gambar mengikut turutan arahan.

p3ax4 p4mz7 p6ap1 p7ed0 p8so1 p9ci2


1.Ni ala taichi sikit la…sebagai intro dan warming up..

2.Tiru la macam ni…untuk melegakan bahu dan leher..
3.Gerak kekanan kemudian ke kiri..
4.Ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
5.Tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..
6.Dah tu buat gerakan tangan dan badan…buat macam happy aje..
7.Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…buat macam takde masaalah…

p10hz3 p11vv5 p12tt1 p13pq5 p14cs8


8. Buat secara aggresive pula…jangan peduli apa orang lain kata..
9. Hilangkan semua stress..
10. pusingkan kepala…
11. tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
12. Akhir sekali buat joget kucing…

SELAMAT MENCUBA…

Teknologi VSAT Vs Streamyx ADSL

Posted by Admin

Untuk pengetahuan semua warga sekolah mahupun sesiapa sahaja yang melayari blog ini. Salah satu projek Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka peluang kepada pihak sekolah dan warga pendidik di sini khususnya iaitu projek pemasangan VSAT bagi kemudahan penggunaan internet dan sebagainya.

Sebelum ini, projek SchoolNet antara yang lainnya iaitu kemudahan Streamyx ADSL bagi sekolah-sekolah di seluruh negara. Buat masa ini, pihak sekolah telahpun menerima bantuan Steamyx dan yang terbaru adalah VSAT . Ucapan terima kasih wajar diberikan kepada pihak kementerian yang berusaha memastikan agar teknologi ICT dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua rakyat di negara ini.

~Acara sukaneka sempena sambutan hari guru~

Sempena majlis sambutan yang dijalankan pada hari itu, telah diadakan acara sukaneka yang disertai oleh warga pendidik SMKBSB...Acara ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dan menceriakan semua warga sekolah yang hadir pada hari tersebut.