Pihak sekolah sedang berusaha untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan kecemerlangan diri calon-calon PMR dan SPM.
Justeru itu, pihak sekolah berusaha mengadakan Kelas Tambahan seperti berikut:
Isnin dan Selasa
Tingkatan 3 pada jam 1.50 hingga 2.50 petang
Tingkatan 5 pada jam 2.30 hingga 3.30 petang
(Jadual telah diedarkan kepada semua pelajar)
Hari Sabtu bagi Skuad Elit Tingkatan 2 dan 4.
Pihak sekolah juga mengadakan kelas persediaan petang dan malam bagi pelajar-pelajar yang berminat. Kelas persediaan ini dibuka dengan harapan pelajar akan dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.
Sehubungan dengan itu, bagi menampung kos utiliti besarlah juga harapan kami agar pihak ibu bapa yang terlibat dapat membuat sumbangan seperti berikut:
Kelas Tambahan Tingkatan 3 dan 5 RM 100
Kelas Tambahan Tingkatan 2 dan 4 RM 30
Kelas Persediaan Petang RM 10
Kelas Persediaan Malam RM 10
Semoga usaha dan kerjasama ini diberkati Allah dan seterusnya membuahkan kejayaan yang cemerlang buat kita semua.
No comments:
Post a Comment