SPM 2009

Bermula pada 18 Disember 2009, pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan SPM yang akan menentukan halatuju pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi.  Pelajar tingkatan 5 SMKBSB khususnya telah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan mengikuti program-program Peningkatan Prestasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga yang dianjurkan oleh pihak luar.  Program Gerak Gempur SPM 2009 yang telah bermula pada 26 Oktober diharapkan dapat membantu mempersiapkan mereka di saat-saat akhir ini.  Selamat Menduduki Peperiksaan dan Semoga Berjaya!

PENDAFTARAN REMAJA RELA

Pada 16 November 2009 juga, pihak sekolah telah bekerjasama dengan pihak RELA Bandar Sungai Buaya memberi maklumat kepada semua pelajar SMKBSB yag hadir berkaitan fungsi dan kepentingan RELA.  Pihak RELA juga telah membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar SMKBSB untuk menyertai pasukan Remaja RELA Bandar Sungai Buaya.  Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan.  Terima kasih RELA!



PROGRAM KENALI SMKBSB

Pada 16 November 2009, seramai 51 orang pelajar SK Sungai Buaya dan 119 orang pelajar SK Bandar Sungai Buaya telah hadir bersama guru pengiring masing-masing untuk mengenali SMK Bandar Sungai Buaya dengan lebih dekat lagi.  Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi gambaran ringkas mengenai sekolah ini sebagai sekolah menengah di mana mereka akan ditempatkan pada tahun hadapan.

KEM RAKAN MUDA 1 MALAYSIA 2009


AYAHANDA WAN BERSAMA BARISAN VIP DAN JURULATIH TEMPUR TANPA SENJATA



PESERTA KEM

VIP, BARISAN GURU, JURULATIH TTS DAN RELA BANDAR SUNGAI BUAYA

AKTIVITI PELAJAR