Kem Remaja Kembara Menara Gading


Pada 27 Februari 2010, sekolah telah menganjurkan kem kembara yang bertujuan untuk menjana motivasi dan kesedaran peserta mengenai prinsip dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam membina ketrampilan, sahsiah dan kecemerlangan akademik. Kem ini dijalankan selama sehari dan diadakan di Surau Al-Ansar, Jalan Cempakasari. Kem ini khas ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR 2010. Namun, pelajar-pelajar Tingkatan 4 juga digalakkan untuk menghadiri kem ini. Seramai 184 orang pelajar telah turut serta dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini, para pelajar dapat menaikkan semangat dalam diri dan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.




Keperluan Sekolah

Pihak sekolah sedang berusaha memperkasakan kecemerlangan sekolah dan meningkatkan prestasi serta kemudahan prasarana pembelajaran meliputi  aspek akademik, sahsiah pelajar dan kokurikulum.  Walau bagaimanapun, pada tahun ini peruntukan untuk 3K, RIMUP, NILAM, bantuan pakaian seragam dan bantuan bayaran air dan elektrik tidak akan diberikan oleh pihak kementerian.

Justeru itu, pihak sekolah amat berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan sama ada dalam bentuk barangan(seperti surat yang telah diedarkan-tarikh 19 Januari 2010) atau kewangan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Puan Maziran Mustafa Kama (PK1) 013-3589916
Puan Hajah Noriha Nordin (PKHEM) 017-6789968
Puan Roseminah Mohd Noor (PKKOKU) 012-3819322

Sumbangan semua pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Kelas Tambahan dan Kelas Persediaan Petang dan Malam

Pihak sekolah sedang berusaha  untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan kecemerlangan diri calon-calon PMR dan SPM.

Justeru itu, pihak sekolah berusaha mengadakan Kelas Tambahan seperti berikut:

Isnin dan Selasa
   Tingkatan 3 pada jam 1.50 hingga 2.50 petang 
   Tingkatan 5 pada jam 2.30 hingga 3.30 petang
   (Jadual telah diedarkan kepada semua pelajar)
Hari Sabtu bagi Skuad Elit Tingkatan 2 dan 4.

Pihak sekolah juga mengadakan kelas persediaan petang dan malam bagi pelajar-pelajar yang berminat.  Kelas persediaan ini dibuka dengan harapan pelajar akan dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.

Sehubungan dengan itu, bagi menampung kos utiliti besarlah juga harapan kami agar pihak ibu bapa yang terlibat dapat membuat sumbangan seperti berikut:

Kelas Tambahan  Tingkatan 3 dan 5 RM 100
Kelas Tambahan Tingkatan 2 dan 4  RM 30
Kelas Persediaan Petang                  RM 10
Kelas Persediaan Malam                  RM 10

Semoga usaha dan kerjasama ini diberkati Allah dan seterusnya membuahkan kejayaan yang cemerlang buat kita semua.

Solat Zohor Berjemaah

PROGRAM SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

SMK BANDAR SUNGAI BUAYA

MULAI BULAN FEBRUARI 2010

HARI MASA SASARAN