Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG yang telah dijadualkan pada penghujung bulan Mac akan dilaksanakan lebih awal iaitu pada 7 Februari 2010.  Surat jemputan kepada ibu bapa akan diedarkan pada minggu hadapan.  Diharapkan para ibu bapa/penjaga dapat hadir beramai-ramai dan mengutarakan usul-usul yang bernas bagi meningkatkan prestasi sekolah dan seterusnya pencapaian anak-anak kita. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Kejohanan Merentas Desa 2010

Kejohanan Merentas Desa yang dijadualkan pada 29 Januari 2010 telah diadakan pada 27 Januari 2010 dengan jayanya.  Rumah Satria telah dinobatkan sebagai juara.


Siri Kem Kecemerlangan Akademik

Pencapaian PMR 2009 telah menjadi bualan hangat di kalangan ibu bapa kerana hanya 3 orang pelajar mencapai keputusan 8A berbanding 8 orang pada tahun 2009.  Walaubagaimanapun, SMKBSB masih lagi merupakan sekolah harian terbaik di daerah Hulu Selangor, dan berada pada kedudukan keenam dalam Daerah Hulu Selangor, selepas Sekolah Berasrama dan sekolah yang mempunyai Kelas Rancangan Khas. Dengan kelebihan ini, pihak sekolah telah berazam untuk mencapai keputusan yang lebih baik lagi pada masa hadapan dengan merancang dan melaksanakan program khusus untuk calon PMR dan SPM 2010 dan 2011, dengan lebih awal lagi.

Antara program tersebut ialah Kem Kecemerlangan Akademik.  Kem ini dilaksanakan untuk semua pelajar tingkatan 3 & 5.  Jadual Siri Kem Peningkatan Kecemerlangan Akademik 2010 adalah seperti berikut:

Tarikh/Subjek /Sasaran

22/1-23/1  
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains (Calon PMR)
5/2-6/2      
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, P. Islam/P. Moral, Sejarah (Calon SPM)
12/3-13/3  
Geografi, Sejarah, KHB, P. Islam (Calon PMR)
9/4-10/4    
Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun/Ekonomi Asas/Perdagangan/Geografi (Calon SPM)


Program Bai'ah 2010

Program Bai'ah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Januari 2010 pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMKBSB Dato' Hj Ruslee bin Hj Hashim.  Para pelajar, para guru, ibu bapa dan ayahanda Wan sendiri telah melafazkan sumpah bai'ah(aku janji).  Semoga program ini berjaya menjadi suatu inspirasi bagi semua pihak yang terlibat. Bak kata ayahanda; 3B, Bermatlamat, Berkorban dan Berjuang mencapai matlamat.









Kumpulan Kompang



Kumpulan Koir


Kumpulan Gamelan


Skuad Elit Tempur Tanpa Senjata

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, 2010

Pada 31 Disember 2009, pelajar tingkatan satu 2010 telah mendaftar dan sekaligus menerima pinjaman buku teks.  Ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ayahanda Hj Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim, pengetua SMKBSB.  Selamat datang diucapkan.











Aktiviti Sepanjang Tahun 2009

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2009, sehinggalah pada waktu cuti persekolahan.