Teknologi VSAT Vs Streamyx ADSL

Posted by Admin

Untuk pengetahuan semua warga sekolah mahupun sesiapa sahaja yang melayari blog ini. Salah satu projek Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka peluang kepada pihak sekolah dan warga pendidik di sini khususnya iaitu projek pemasangan VSAT bagi kemudahan penggunaan internet dan sebagainya.

Sebelum ini, projek SchoolNet antara yang lainnya iaitu kemudahan Streamyx ADSL bagi sekolah-sekolah di seluruh negara. Buat masa ini, pihak sekolah telahpun menerima bantuan Steamyx dan yang terbaru adalah VSAT . Ucapan terima kasih wajar diberikan kepada pihak kementerian yang berusaha memastikan agar teknologi ICT dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua rakyat di negara ini.

No comments:

Post a Comment