Jog Ria

Pada hari Jumaat, 23 Oktober 2009, Sekolah telah mengadakan 'Jog Ria' yang dianjurkan untuk pelajar lepasan PMR. Aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada Program Selepas PMR yang dirancang pihak sekolah untuk mengisi masa lepasan PMR 2009.

Sebelum memulakan Jog Ria, pelajar diberi taklimat tentang laluan yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar serta cabaran setelah pulang kembali ke sekolah.



Peserta juga diminta membuat kumpulan (maks. 10 org 1 kump).
Sementara itu, peserta boleh membawa sebarang alat catatan untuk cabaran yang bakal mereka tempuhi-melukis peta lakar yang mempunyai pandang darat di sekeliling laluan yang dilalui.



Para peserta sedang berada dalam kumpulan masing-masing dan menunggu untuk dilepaskan.

 

Para guru pun tidak ketinggalan untuk ber'Jog Ria' bersama pelajar 

Peserta mengambil masa kira-kira 30 minit untuk pulang ke sekolah. Selepas mereka pulang, mereka diarahkan untuk mengambil sehelai kertas sebak dan melukis peta lakar bedasarkan laluan mereka. Sebagai langkah keselamatan, para peserta dinasihatkan agar membuat draf menggunakan pensel terlebih dahulu sebelum menggunakan marker pen yang telah disediakan.
 



 

Setelah kesemua peserta menyiapkan draf mereka, mereka diminta untuk menyerahkan kertas sebak yang lengkap dengan tajuk peta, petunjuk, nama kumpulan dan nama ahli, serta arah mata angin. Aktiviti ini tamat pada jam 10.50.

No comments:

Post a Comment