Program Selepas PMR

Pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan banyak program bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung pada 7 hingga 13 Oktober yang lalu.

Antara tujuan pihak sekolah menganjurkan aktiviti-aktiviti berikut ialah untuk memastikan pelajar-pelajar lepasan PMR yang menghadirkan diri ke sekolah dapat mengisi masa mereka dengan bermanafaat sekaligus dapat membina jati diri pelajar-pelajar tersebut.

Perlawanan bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola baling bagi pelajar perempuan adalah salah satu daripada program menarik yang telah dianjurkan.








memang tidak dapat dinafikan, peserta-peserta yang terlibat bermain dengan bersungguh-sungguh dan memanfaatkan perlawanan itu sepenuhnya.





MVI 1801 from MYusuf on Vimeo.


Perlawanan yang begitu sengit menyaksikan mata keseluruhan antara kelas 3U dan 3ZL yang sama. Kelas 3U telah memenangi kejohanan tersebut kerana kumpulan itu menjaringkan lebih banyak gol berbanding kelas ZL.

Akhir kata, tahniah buat Pasukan bola sepak 3 Utarid kerana telah memenangi kejohanan bola sepak yang dianjurkan sekolah. Buat peserta lain, sekalung penghargaan juga diberi kerana telah bersungguh-sungguh menyertai kejohanan tersebut sekaligus telah menjayakan sebahagian daripada Program Selepas PMR yang telah dirancang oleh pihak sekolah.  Terima kasih ayahanda!

No comments:

Post a Comment